<<<<<>>>>>
Bunyi
kicauan burung yang berlagu agak nyaring menerbitkan rasa tenang di hati mereka
berdua.Burung-burung itu bagaikan sedang menyanyi-nyanyi dengan riang dan
gembira.Angin pula bertiup sepoi-sepoi bahasa bagaikan sedang meniupkan angin
rindu antara pasangan yang sedang hangat bercinta itu.
Nura
Alia dan Boboy saling berpandangan seraya berbalas senyuman.Mereka mengalihkan
pula pandangan mereka ke dada langit.Melihat keindahan ciptaan Allah Yang Maha
Esa dengan penuh rendah diri.Kehebatan Allah S.W.T tidak mampu diungkapkan
dengan kata-kata.
Mereka
berdua terus memerhatikan sang awan yang tetap setia dalam dakapan sang langit
itu.Memang romantik sungguh suasana saat ini.
“Boboy tengok tu… Bentuk awan tu macam
‘love’,kan?Cantiknya…”Ujar Nura Alia sambil memanjangkan jari telunjuknya ke
atas.Lengan sasa Boboy masih utuh menjadi bantalnya.
Boboy
cuba memerhatikan awan yang dimaksudkan oleh isterinya itu.Sesaat kemudian,ada
senyuman terbit pada wajahnya.Memang awan itu berbentuk sekeping hati.Dia
mengeluarkan sesuatu dari poket seluarnya.
“Kenapa
Boboy suka sangat ambil gambar?Orang ajak bergambar tak nak pulak.Ada aje
alasannya.Muka handsome tapi tak suka
ambil gambar.Rugi tau tak?”Bebelan Nura Alia kedengaran.Dia cuba menghalang
fokus lelaki itu mengambil gambar dengan telefon berkameranya itu.Dihadangkan
dengan tapak tangan.
Boboy
menjeling tajam ke arah Nura Alia.Telefon yang dipegangnya diletak ke atas dada
lalu tangannya sibuk memicit hidung wanita itu.Geram.
“Boboy!Sakitlah
hidung akak ni.Hu hu hu…”Ditepisnya
tangan lelaki itu yang semakin kuat memicit hidungnya.Sikit-sikit hidung ni
yang jadi mangsa.Tahulah hidung kita ni mancung.Ugh!Gumam Nura Alia dalam hati.
Tanpa
sepatah kata,Boboy menyambung kembali menangkap gambar.Dibiarkan isterinya
membebel seorang diri.Tak boleh dilayan,nanti melarat susah pulak.
Melihat
Boboy seakan-akan tidak mempedulikannya,Nura Alia bingkas bangun.Dia duduk
bersila sambil menepuk kuat perut lelaki itu.Eee…geramnya!
“Aduh!Sakitlah
perut kita kakak.Kita cakap kat mama nanti baru tau.Ugh!”Balas Boboy sambil
menggosok perutnya.Dah hilang feelnya
untuk mengambil gambar awan tadi.
“Boboy
memang lebih pentingkan ‘awan’ tu dari akak,kan?Tak apalah,berdatinglah dengan cik awan tu
puas-puas.Biar akak duduk diam-diam aje kat sini.Ugh!”Dipeluk tubuhnya tanda
protes.Nura Alia memalingkan wajahnya ke arah lain.Entah kenapa,hatinya jadi
tersentap pulak dengan Boboy.
Boboy
menggarukan keningnya.Adoiyai…Merajuk ke?Lia,Lia…
Kedua-dua
pipi Nura Alia dipegang kemas.Dahi mereka saling berlaga.
“Look
into my eyes…”Ujar Boboy separa berbisik.Nura Alia langsung tidak mengikut
permintaan suaminya itu.Dia masih pegun memandang ke bawah.Nak pujuk kitalah
tu.Ugh!Desisnya dalam hati.
“Sayang…”Panggil
Boboy manja.
“Apa
sayang-sayang?”Tukas Nura Alia geram.
“Sayangku
Nura Alia.Janganlah merajuk dengan suamimu ini.Tak baik tau.Dosa,dosa,dosa…”
“Biarlah.Nanti
Lia minta maaflah dengan ‘suami’ Lia tu.”
“Tapi
suami Lia tu nak Lia minta maaf sekarang jugak.Kalau tak dia nak…”
“Nak
apa?”
“Nak
kiss Lia kat…”
Nura
Alia pantas menutup mulutnya.Dia takkan izinkan Boboy menggatal di tempat
terbuka macam ni.
“Kenapa
Lia tutup mulut?Abang belum kiss Lia
lagi tau.”Boboy mengacah-acah untuk menghadiahkan ciuman pada bibir Nura Alia
itu.Nura Alia mengjegilkan matanya.
“Miang!”Sepantas
kilat dicubitnya lengan Boboy dengan cubitan halus.Berkerut-kerut dahi lelaki
itu menahan kepedihan.Ha ha ha…Padan
muka.Tulah miang lagi.Nura Alia tersenyum seorang diri.
“Hah,macam
nilah isteri kita.Kita suka sangat bila tengok isteri kita ketawa dan
tersenyum-senyum macam ni.Rasa nak peluk-peluk aje.”Didakap erat tubuh Nura
Alia.Lama mereka berpelukan.
“Dah
puas peluk?”Tanya Nura Alia setelah beberapa ketika.Sungguh dia senang hati dan
bahagia dipeluk lama seperti itu oleh Boboy.Kadang-kadang lelaki itu akan
memeluknya lama tanpa sepatah kata.Mungkin melepaskan rasa rindu yang terbuku.
“Sebenarnya
belum puas lagi tapi malam ni kita sambung balik ya,kakak?”Ujar Boboy seraya
merungkaikan pelukannya.Matanya dikenyit menggoda.Nura Alia mencebirkan
bibirnya.
“Kakak
dah tak merajuk dengan kita,kan?”Tanya Boboy macam anak-anak kecil.
Nura
Alia buat muka tak berminat.Dia menjungkitkan bahu.Dia merajuk ke tadi?Tak
kot.Cuma sentap sikit aje.Heh!
“Erm…
Kakak nak main game tak?Syok main game ni.”Ujar Boboy sambil
tersengih-sengih.Dia cuba memujuk hati wanita itu.Dia tahu Nura Alia agak
berkecil hati dengannya tadi.Tulah kusyuk sangat ambil gambar.Kan dah tak
pasal-pasal bakal mak budak ni merajuk.
Tanpa
mahu memanjangkan rajuknya,Nura Alia akhirnya tersenyum.Senyum dibuat-buat.Konfem mamat ni nak pujuk
aku.Ugh!Hatinya berbisik yakin.
“Game apa?Akak bukan tak nak main,tapi
takut Boboy yang kalah nanti.Ugh!”Jawabnya malas.Entah game apa yang lelaki itu maksudkan.Mesti game nak kenakan aku.
Tiba-tiba
terasa tangannya ditarik lembut oleh Boboy.Nura Alia memandang wajah suaminya
itu dengan kehairanan.Nak tarik aku pi mana
pulak ni?Heh!Desisnya dalam hati hairan.
“Nak
pergi mana ni?”Tanya Nura Alia.
“Tak
pergi mana-mana.Duduk kat sini aje.Dah,sekarang kakak duduk dulu.”Arah Boboy
pula.
Nura
Alia hanya mengikut.Dia melabuhkan punggung ke kerusi sambil menarik Boboy
untuk turut duduk di sebelahnya.Boboy hanya menurut.
“Nyaman
aje kan duduk kat taman ni.Tenang…”Dihirup udara bersih di sekelilingnya.Boboy
membetulkan cap di kepalanya.Game harus
dimulakan sekarang.
“Kakak
dah bersedia nak main game?”
“Game apa?Eee…daripada tadi lagi orang
tanya tapi takde pun dia nak
jawab.Merajuk baru tau.”Nura Alia berpeluk tubuh.Hai Lia… Tak habis-habis
merajuk.Matanya menjamu pemandangan di sekitarnya yang dihiasi dengan pelbagai
jenis bunga.Memang menyejukkan mata yang memandang.Tak jadi merajuklah macam
ni.He he he…
Tatkala
melihat ada senyuman indah terukir pada bibir isterinya,Boboy meneruskan kata.
“Game ni senang aje.Kita main
berbalas-pantun nak?Kita jual,kakak beli.Bila kakak jual,kita beli.”Terang
Boboy dengan nada gembira.
Nura
Alia menaikkan keningnya.Berbalas pantun?Heh!Senang aje kot.Ingatkan nak main game apalah tadi.
“Okey,akak
setuju.Boboy start dulu.Tapi pantun
dua kerat aje.Jangan nak mengada buat pantun empat,enam kerat.Karang akak
kerat-kerat Boboy jangan menyesal pulak.”Seloroh Nura Alia sambil mempamerkan
wajah serius.
Boboy
tergelak kecil mendengar ‘ugutan’ daripada isterinya itu.
“Okey,kita
mula sekarang.”
“Chopp,chopp,chopp!”Nura Alia pantas
mencelah.
“Macam
mana kita nak tentukan pemenang?Takkan sampai ke malam kita nak jual-beli
pantun.Aji giler?”
Dengan
tenang Boboy menjawab soalan cepumas daripada isterinya itu.
“Oo…yang
tu eh.Bila salah seorang daripada kita dah tak boleh nak jual atau beli pantun
lagi,maknanya kat situlah game ni
berakhir.Faham?”Lambat-lambat Nura Alia mengangguk faham.Dalam hati,dia sudah
merangka strategi untuk mengalahkan Boboy.He
he he…
Malam-malam ke majlis tari-menari,
Bolehkah saya berkenalan dengan
saudari?
Boboy
memulakan pantunnya.Dia memandang ke arah Nura Alia dengan wajah bangga.Nasib
baik dia sempat merangka pantun itu tadi.Lia,abang pasti akan menang!Bisiknya
sendirian.
“Eh,eh,eh…
Akak belum ready lagi.”Tukas Nura
Alia agak gelabah.Amboi mamat ni,aku belum sedia lagilah.Eee…
“Masa berjalan ni.Baik kakak beli pantun ni
cepat.Kalau takkk….”Boboy mengugut.
Dari hilir nak ke hulu,
Awaklah yang perkenalkan diri dulu.
Fuhh!Setelah
berjeda agak lama,itulah yang terkeluar dari bibirnya.Kus semangat!Kali
ini,Nura Alia memandang ke arah Boboy dengan agak bangga.Gelabah jugak lelaki
tu nak jawab.Heh!
Boboy
menggosok-gosok hidungnya.Sungguh tidak disangka olehnya bahawa Nura Alia akan
mengembalikan pantun itu dengan soalan.Memang terkono den!
Dia
berdeham-deham beberapa kali.Kusut jugak nak beli pantun ni.
Err… Muka awak merah sebab
malu-malu,
Baiklah biar saya yang mulakan
dulu.
Err… Artis sekarang suka
saman-menyaman,
Nama penuh saya Syed Azwan bin Syed
Azman.
Dia
sempat mengenyitkan matanya pada Nura Alia.Nura Alia membalasnya dengan
menjelirkan lidah.Amboi,dua kali kau pantun eh.Nak kena ni.Gumam Nura Alia
dalam hati agak cuak.
Couple sekarang suka bermama
berpapa,
Saya nak panggil awak apa?
Ha ha ha…
Soalan lagi.Padan muka Boboy.
“Mana
aci… Kakak asyik mengelat aje.Bila
nak bagitahu tentang diri kakak tu?Hmm…”Boboy bersuara hampa.Dia memalingkan
wajahnya ke tempat lain.
“Alaa…
Memandangkan Boboy tak meletakkan syarat dalam game ni,ikut suka akaklah nak berpantun macam mana pun.Boboy jangan
nak merungut.Dah nak mengalah ke?Akak okey aje kalau Boboy nak mengalah.La la la la….”
Boboy
menjegilkan matanya.Haishhh…Susahnya
dapat bini pandai bercakap ni.Sabor
jerlah…
Erm… Gigit jari macam kena sawan,
Panggil saja saya Boboy atau Wan.
Dari Terengganu nak ke Sabah,
Cepat perkenalkan diri awak bah…
Nura
Alia agak terkedu.Cepatnya jawab.Tak sampai seminit,Boboy dah berjaya membalas
pantun tadi.Wah!Juara pantun ke apa laki aku ni.Gerutu Nura Alia dalam hati.
Cik Jamilah seorang balu,
Bagilah saya tarik nafas dulu.
Tarik
nafassss….Hembusss….Fuh!
Pesakit tua tu hampir nazak,
Nama saya Nura Alia binti Razak.
Nura
Alia tersengih mendengar pantunnya itu.Macam dah tak ada pembayang lain
agaknya.Ada ke patut guna perkataan nazak tu.Adoiyai….Layannn jerlah.
Main konda-kondi dengan Saleh,
Nak panggil awak Lia boleh?
Boboy
bertanya sambil membuat muka berharap.Matanya dikerdip-kerdipkan.Hek!Bajet
comellah tu.
Syed Azwan anak yang soleh,
Boleh,boleh,boleh.
Jawab
Nura Alia ala-ala Upin dan Ipin.
Tangkap ikan guna jala,
Tarikh lahir awak bila?
Pantas
sekali Boboy menjual pantun kepada isterinya.Dia tidak akan memberi peluang
kepada wanita itu untuk menang.
“Chopp!Berehat sebentar bersama Kit-kat.He he he…”Nura Alia pantas mencelah
sambil menaikkan dua jari ‘Peace No War’.Penat
betul nak fikir pembayang dan jawapan untuk berpantun ni.Nasib baik masa sekolah
dulu,dia agak meminati sastera Melayu.Kalau tak,jenuh jugak nak lawan Boboy ni.
“Dah?Boleh
kita mulakan sekarang?”Tanya Boboy setelah agak lama Nura Alia merehatkan
minda.Hisy!Memang pengambil
kesempatan betullah Lia ni.Tahulah abang sayang Lia,sengaja nak buat muka
kesian kan?Gumam Boboy dalam hati sebal.
“Kejap,kejap…”Nura
Alia menanggalkan kasut lalu duduk bersila di atas kerusi itu.Dia memandang
tepat ke arah suaminya.Nak goda sikit.Biar tak boleh berpantun lagi.Ha ha ha…
“Cuba
Boboy ulang balik pantun Boboy tadi.Akak nak jawab ni.”Pinta Nura Alia dengan
nada ayu lagi sopan.
Boboy
hanya mengikut sambil memicit hidung isterinya itu.Geramnyerr…
Tangkap ikan guna jala,
Tarikh lahir awak bila?
Nura
Alia menarik nafas panjang sebelum membeli pantun itu.Dengan ‘kondifentnya’ dia membalas pantun
Boboy.
Masuk tv main teka-teka,
Kenapa tanya,nak bagi hadiah ke?
He he he…Dia
masih belum menjawab.Riak wajah Boboy mula berubah geram.
“Lia ni…Jawablah cepat.”Boboy memaksa.Nura
Alia hanya tergelak.Eee… tu pun nak buat muka.Nasib baik handsome.
Pat-pat siku lipat,
B.O.D saya 25 hari bulan empat.
Akhirnya
dia menjawab.
“Hah,cepatlah Boboy beli pantun akak tu.Dua
seringgit… Ha ha ha…”
Tanam bayam guna baja,
Pantun awak macam tak kena aja.
Boboy
memulakan serangan.Nak kasi Lia naik ‘hot’
sikit.Bila dah hot,mesti hilang
fokus.Hehehe..
Nura
Alia menjungkitkan kening.“Apa Boboy cakap tadi?Pantun akak macam tak kena
aje?Ugh!Siaplah Boboy nanti.”Dicubit lengan lelaki itu geram.Bukan main dia
penat berfikir mengenai pantun itu.Okey apa pantun tu.Ugh!
Boboy
pantas menggosok-gosok bekas cubitan yang berbisa itu.Adoi…naik hot dah…
Pergi pejabat pakai kot.
Takkan tanam bayam pakai baja kot.Ugh!
Pagi-pagi minum jus salak,
Cik Boboyku sayang lahir bila
pulak?
Boboy
tersenyum gembira bila mendengar panggilan sayang itu.Boboyku sayang ya?Terima
kasih Liaku cantik.
Cerita Upin dan Ipin ada Mei Mei,
Tarikh lahir saya 7 Mei.
Tengok wayang dengan Yaya,
Jangan lupa wish ya?
Sekali
lagi Boboy memberi kenyitan mata kepada Nura Alia.Nura Alia tersenyum
mekar.Bahagia sungguh hatinya terasa saat ini.Alahai,Boboy akak ni.Kenapa suka
sangat buat muka cute macam tu?
“Akak
nak tanya Boboy apa lagi eh?Erm…hah!”Sedikit tersentak Boboy dengan suara kuat
isterinya itu.Kus semangat.
“Kakak
tak nak mengalah ke?Dah lewat petang ni…”Boboy menilik jam di tangannya.Adakah
ini bermakna dia yang harus mengalah?
Nura
Alia menggelengkan kepala.
“Mana
boleh mengalah.Idea akak tengah mencurah-curah ni.”
Malam-malam panjat pokok kelapa,
Hobi awak apa?
Kali
ni Boboy tidak segera menjawab.Lama dia berjeda.Takkan dah tak ada idea kot.Tak
rocklah macam ni.
“Cepat jawab… Masa berjalan ni….”Ujar Nura
Alia seraya tersenyum.Kemenangan bagaikan sedang memihak kepadanya.Yes!
Masak gulai letak gula,
Buat-buat tak tahu pula.
Boboy
membeli pantun Nura Alia dengan riak muka selamba.
Pak cik Kamil seorang pesalah,
Orang tanya jawab jelah!
Bidas
Nura Alia agak bengang.Hisy!Kata nak balik tadi.Ni duk main tarik tali
lagi.Jawab aje terus.
“Sayang
tak nak mengalah lagi ke?”Tanya Boboy seraya menanggalkan cap dari
kepalanya.Rimaslah macam ni.Menyesal pulak dia main game ni tadi.
Nura
Alia mengerutkan keningnya.Dicubit pipi Boboy dengan geramnya.
“Nope!Lia takkan mengalah.Abang yang
mulakan dulu tadi.Dah,dah… Sekarang you
can continue.Aza-aza fighting!”Cubitannya semakin kuat menyengat.Boboy
pantas menepis tangan isterinya itu.Sakit woo…
“Lia
ni… Sakit tau pipi abang ni.”Digosok-gosok pipinya berulang kali.
“Okey,baiklah.Kalau
Lia tak nak mengalah,kita berpantun lebih pantas.Tak boleh tergagap-gagap
lagi.Ada berani?”Digerak-gerakkan kening tebalnya itu.Boboy tahu,Nura Alia
tidak akan mengalah.Dalam diam,dia sebenarnya sedang merangka untuk pura-pura
kalah dalam game ini.Dah penat nak
fikir.Lebih baik balik rumah,rileks-rileks.
“Erm…abang
sengaja nak buat Lia mengalah,kan?OK,Lia terima cabaran abang.Dah,sekarang kita
mula balik.Lia pasti akan menang!Siapa kalah,dia kena masak hari ni.Ada
berani?”Keningnya turut diangkat ala-ala Kak Ziana Zain.Ada hati nak patahkan
semangat kita.Hek!
“OK.Kita
mulakan dari sekarang!”Boboy memandang tepat ke anak mata Nura Alia.Nura Alia
turut membalasnya tajam.
[Lia]Malam-malam panjat pokok
kelapa,
Hobi awak apa?
[Boboy]Di Sarawak ada bujang
senang,
Hobi saya berenang.
Hari raya berbelanja sakan,
Hobi awak makan,kan?Hehehe…
Boboy
tersengih macam kerang busuk.Dapat jugak dia kenakan isterinya itu.
Nura
Alia mendengus kecil.
Potong tembikai guna pisau,
Kalau saya tak makan,nanti awak
jugak yang risau.
“Mestilah
abang risau.Kalau Lia tak makan,nanti Lia sakit,abang jugak yang kena jaga Lia
siang dan malam…Kannn?”Boboy tertawa kecil melihat muka tak berminat isterinya
itu.
Abang Nas Ahmad
berambut ketak,
Awak suka saya
tak?
Alahai…
macam Hilman Yonglah pulak aku ni.He he
he…Boboy melemparkan senyuman manisnya pada Nura Alia.Siap kenyit mata
lagi.
“Eleh…bajet
Hilman Yonglah tu.Takpe-takpe…biar
Lia jadi Intan Zulaikha.”Nura Alia berdeham-deham membetulkan suaranya.Dia
tercari-cari jawapan yang sesuai.
Err… Ranting
kayu dipatah-patah,
Ennn….tahhh.
Dicuit
hidung mancung Nura Alia.Ada ke jawab kontot macam tu.Desis hati Boboy.
Gadis ayu
bersopan-santun,
Pendeknya
pantun.
Nura
Alia mencebir bibir.
Cik pelangi ada
bermacam-macam kaler,
Orang dah jawab,kasi
‘like’ je ler.
[Boboy]Mr Bill
Gates kaya-raya,
Garang jugak Cik
Lia ni,ya?
[Lia]Amerika
Syarikat dilanda typoon,
Memang saya
garang pun.Huh!
Boboy
menggelengkan kepala.Adoi…Bila nak habis kalau macam ni.
“OK,OK…
Kita mengalah.Kakak menang.Hmmm…”Akhirnya,dia terpaksa mengucapkan kalimah
keramat itu.Mengalah tidak bererti kalah.Hu
hu hu…Boboy bingkas bangun dari kerusi.Hari dah petang,lebih baik mereka
balik sekarang.
“Aik?Boboy
akak mengalah?Isy,isy,isy… Boboy
memang nak mengalah dari tadi lagi,kan?Macamlah akak tak tahu.”Nura Alia ikut
bangun.Kasut dipakai kembali.
“Abang
mengalah sebab faktor masa.Dah senja ni.So,lebih
baik kita balik sekarang.”
“Yolah tu.Apa-apa pun memandangkan abang
dah kalah,abang kena masaklah malam ni.”
“Yelah-yelah…
Abang masak,Lia makan.Abang rela didera oleh isteri abang malam ni.”
“Bagus
tu,Encik Azwan.Tu tandanya sayang isteri.He
he he…Wah!Lia tak sangka Lia jadi juara pantun-memantun hari ni.The winner is…. Lia Kapoor!Keh keh keh…”Boboy hanya geleng kepala
melihat wajah ceria isterinya.Nasib,nasib… Dia yang rancang game ni,dia pulak yang kalah.Layan jerlah…
“Boboy!”Jerit Nura Alia tiba-tiba.Boboy yang
melangkah di lebih ke hadapan segera menghentikan langkahnya.Dia berpaling.
“Kenapa?”
“Kendong
akak boleh?”Tanya Nura Alia manja.Matanya dikelip-kelipkan.
Boboy
menggelengkan kepala sambil mendepakan tangannya.Come here,baby!
Nura
Alia pantas berlari mendapatkan lelaki itu.Dengan penuh gembira,dia meloncat ke
belakang Boboy.
“Lets go!”Bahu Boboy
ditepuk-tepuk.Dipeluk tubuh suaminya itu kemas.
Sepanjang
perjalanan itu,mereka berdua tak habis-habis berborak.Macam-macam cerita yang
keluar.Mereka kelihatan seperti pasangan yang sedang hangat bercinta.
“Boboy
tahu tak yang Boboy ni handsome giloss?”
“Mestilah
tau.Kakak dah bagitahu ni.He he he…”
“So,Boboy jangan nak menggatal dengan aweks lain pulak.Akak merajuk kang.”
“Mana
ada aweks pun.Rakan kat FB aje yang
banyak.Lia jealous ke?Comellah muka
Lia bila jealous.”
“Macam
mana Boboy tahu mimik muka akak sekarang ni?Boboy nampak ke?Ugh!Nampok benor nipunye…”
Boboy
tergelak besar.Langkahnya dihentikan.
“Lia
turun kejap boleh?”Pinta Boboy.Nura Alia hanya mengikut.Kesian pulak dia dengan
lelaki itu.Dah tercungap-cungap dah tu.
Boboy
menggenggam tangan Nura Alia kemas.Rambut wanita itu diusap-usap manja.Nura
Alia hanya diam menerima belaian mesra daripada suaminya itu.Alahai
petang-petang macam ni dia nak romantik-romantik pulak.Desisnya dalam hati
seraya tersenyum.
“Wajah
Lia selalu ada dalam ingatan abang.Lia marah,Lia gembira,Lia merajuk,Lia
malu-malu kucing… Semua abang tahu.Semuanya ada kat sini.Dalam hati Syed
Azwan…”Dilekapkan tapak tangan Nura Alia ke dadanya.Boboy mengucup dahi
isterinya itu penuh kasih.
“Alolo… sweetnya suami Lia ni.Terharu Lia
tau.”Nura Alia cuba menahan rasa terharunya.Tak nak sedih-sedih.
“Dah,dah.Sekarang
jom kita balik.Lia dah tak sabar nak rasa masakan Chef Boboy.Kalau tak
sedap,siap abang!”
“Insya-Allah sedap.Tengoklah siapa sifu
abang.Chef Lia gitu…”Ujar Boboy memuji.Nura Alia tersengih-sengih.
Sambil
bersulam tangan,mereka meneruskan langkah menuju ke tempat letak kereta.Di
kesempatan seperti inilah,mereka berdua dapat meluangkan masa bersama.Bunga-bunga
cinta antara mereka berdua semakin berkembang mekar.Semua masalah sudah
diselesaikan.Semua rahsia sudah dibongkarkan.Kini,mereka menjalani kehidupan
baru sebagai pasangan suami isteri yang saling mencintai.Tiada rahsia,tiada
lagi duka.
<<<<<>>>>>

.jpg)

happy birthday Lia,,,i love u sayang,,,sarangheyo!
ReplyDeleteikhlas dari pencinta mu..boboy a.k.a SA
suka suka suka suka suka suka suka suka suka!
ReplyDeletebest sgt..x sabar nk tgu versi cetak
ReplyDeleteHai!!! Lia Heppy Bestday, hope this happiness will always with u n boboy..... <3 :)) (tq 4 nice n3 FI, aza aza fighting)
ReplyDeleteHahaha..seronok!!
ReplyDeleteseriuzzz besttt...waaaaaaaa!!!
ReplyDeletecomel btol mereka..happyyy riang gumbira punye couple..hehe..25 april..today is lia's beday..hepi birthday kakak!!hahah
sweet jer main2 pantun best2 nak lagi
ReplyDeletewah....bestnya...xsabor nk tggu jun nie....
ReplyDeletesweet cgt hahah...
ReplyDeletemak masak sambal peria,,,,
ReplyDeletehapi besday lia....
makan mihun pakai copstick,,
snguh x bohong memang bombastik....hahahhaahhaah
helo2222..dah lame cari bloq nie akhir ye jupe jgk..mmg sweet la ..ehh tapi nye dh tamat k kat blog nie..baru j nak layan boboy..lia dah tw boboy 2 sebenarnye ok2 j..lia dah jadi mama ye.hmmmm.xsabr menanti kemunculan versi cetak plak..
ReplyDeletehoho...meksih sume yg komen....siap ade yg berpntun lgi..nk lwan lia dgn boboy neh...keh3..jom kita berpantun ramai2...komen bnyak2 lgi...FI tgh nk buat SE kedua ni..
ReplyDeleteaja aja fighting!!!!
Deletei'll be waiting.....
blh ke pantun gitu??? blh la yek...
i like it sooooo much...
ReplyDeletesweet sgt..
x sbr nk tggu novel nie kuar..:)
alahai.... sweetnya couple ni.....manja2 gitu....
ReplyDeleteberbalas pantun....kelakar lah...
llalaililuu..menyesal sbb tinggalkan boboy ban yg ke berapa tahhh.. sbb rs xde mood nk bace.. sob3.. then bila tgk spesel edition ni rs cm tehrharu plakkk.. tgkkan.. dah xigt stop kt bab berapaaaaa warghh :( nk belilah nobel ni.. kenapa xkuar bulan mei je..smpt nk beli kt PWTC
ReplyDeleteseorang gadis berambut jambul,
ReplyDeletecik writer memang cool
haha! sweetlah dorang ni, main pantun2...
sukenya tgk lia n boboy sweet n hapy mcm ni ... :)
ReplyDeletelisa surihani shoot filem terkena penyengat
ReplyDeletesaya sukaaaaaaa sangattttt....
borak dgn cik novelis, x guna email
couple ni tersangat lah comel....
ahakkkk ahakkkk ahakkk....
i like
ReplyDeletemyvi baru lg best..
ReplyDeletecter nie mmg best....
dlm gua ada penunggu...
SE 2 mmg akn ku tguuuuuu..
dh kene jangkitan boboy & Lia nie..
pe2 pun mmg tabik spring la kat writer.. ;)
i loikeeeeeeeeeeeeeeee........... sweeet ^_^
ReplyDeletesweetnye.........birtday lia same ngan kite la.............
ReplyDeletememang sukaaaaaaaaaa sangattttttt!!! :)
ReplyDeleteHigh sugar contents :-), SWEEEEET SANGAAAAAAT ^_^
ReplyDeleteSweetnya Boboy & Lia...
ReplyDeleteLove u lebihlah sis...hehehe
x sbrnya nak tggu versi cetak...hehehe..best...sweet jea..
ReplyDeletemase ni lia dh ckp kt boboy k niat asal die nk kawin ngn boboy?? x sabar nk tggu versi cetak
ReplyDeletebestnye.....x jemu baca cerita yg romantk dan lucu x kering gusi gelak bila mbaca kerenah boboy dgn lia....
ReplyDeleteAlOlOlO..... sweetnya bObOy dgn Lia... =)
ReplyDeleteso sweet..i like.. i miss u boboy.. :)
ReplyDeletelike .. like .. like ...
ReplyDeletesweetnya dia org ni..baca smbil senyum dari tadi..gud job zu.. jgn lupa msukkan SE ke-2 ya ;)
ReplyDeletemenarik.....tahniah.....hye dah elok pon...masih pggl boboy lagi......manjenya lah.hehehe apa pon best en3 nie.....boleh la gn pantun3 nie nnt hahhahha.......
ReplyDeletegood idea
huwarrrrrrrrrggggggggggggggggggghhhhhh................cik zue sy0k la...b0by n lia dh baik da...huhuhu x sab0 nk tggu bln 6...huhuhuhu c0ngrats yea ^^,
ReplyDeletesuwitnye... nk lg.. hihi
ReplyDeletewahhhhhhhhhhhh.......... soooo swettttttttttttt...... siap berpantun2 g.. kelakar giler.. haha..
ReplyDeletehihihi... bile kuar versi cetsk nie? x sabar la nk g beli.. takut kang bile dh samapi bookstores, dh abis terjual plak novel nie.. huhuhu...
apa2pown, i like dis story very much! dr la 1st entry sampai skang.. good job, cik writer! aja aja fighting!
~Miss Peace~
Ahaiii sweet nye.. klau laa jdi kt sy.. umpphh :)
ReplyDeleteWahhh! Best best. Nak lagi.
ReplyDeletemula mula baca tajuk macam seriau je , betul ke penulis nie wat cerita pasal autistik tapi bila dah start bace seriuosly jalan cerita sangat menarik dan berjaya tarik perhatian untuk bace novel nie. thumbs up kepada penulis sebab berani amek risiko buat cerita pasal autistik. Boboy comel and Lia si kakak garang tapi tak garang mane pun. hehehe. btw , congratulations Farisha Imani !
ReplyDelete#Murni Tan