Sesudah sahaja menyediakan secawan air Milo panas,Farisha
melangkah menuju ke ruang tamu.Dia meletakkan mug yang berisi dengan air Milo
itu ke atas meja kaca.Dia terbaring lesu memandang ke arah balkoni.Fikirannya
teringat kepada satu nama.Nama seorang lelaki yang telah terpahat kukuh dalam hatinya.Tiada
yang lain,hanya Fariz yang berada dalam hatinya.Sehari dua ini dia tidak lagi
bertemu mata dengan jejaka itu.Rindunya dia pada Fariz.Dari dulu hingga
sekarang,Fariz sentiasa berjaya menerbitkan perasaan rindu dalam hatinya.
Farisha terpandang ke arah almari kaca di bawah televisyen
Plasmanya itu.Dia bingkas bangun lalu diatur langkahnya menuju ke arah sana.Dia
duduk berselimpuh sambil tangannya ligat mengeluarkan semua album gambar dari
dalam almari.Dia tercari-cari sebuah album gambar.Album yang menempatkan
gambar-gambar jejaka pujaan hatinya.Farisha tersenyum tatkala dia berjaya
mencari album gambar yang terpenting itu.
Dengan penuh debar dia membelek foto album di ribanya
itu.Album ini penuh dengan foto-foto zaman persekolahannya.Farisha tertawa
sendirian melihat foto lama itu.Zaman persekolahan yang tak mungkin dia
lupakan.Ada macam-macam ragam dan di situlah bermulanya cinta monyetnya.Farisha
menatap lama pada sekeping foto.Terimbau kembali kenangan antara dia dan si
jejaka dalam foto itu.Kenangan terindah juga kenangan menyakitkan.
Farisha mencuri pandang ke arah Fariz di hadapannya
itu.Kusyuk benar lelaki itu mengulangkaji pelajaran.Setiap kali Fariz mendongak
memandang ke arahnya,Farisha buat-buat menulis sesuatu.Hatinya terus berdebar-debar.
“Riz,yang ni nak buat
macam mana ya?Saya dah buat banyak kali dah tapi tetap tak boleh.Susah
gila.Benci saya macam ni.”Ujar Farisha seperti merengek-rengek meminta
simpati.Dia bangun lalu duduk di sebelah Fariz.
“Oo…soalan ni.Saya
pun tanya Cikgu Zack nak selesaikan soalan ni macam mana.Okey mula-mula…”Fariz
berasa agak tidak selesa dengan kehadiran Farisha di sebelahnya.Namun,dia hanya
membiarkannya sahaja.Bukan mereka buat perkara yang salah pun.Belum sempat
Fariz meneruskan penjelasannya,tiba-tiba muncul Iman dan Azwa entah dari
mana.Fariz dan Iman saling berpandangan.Azwa pula mencebir bibir melihat kemesraan
antara Fariz dan Farisha.
“Sya balik nanti kita balik sama-sama ya.Rindulah nak balik
berdua dengan Sya.Boleh tak?”Tanya Fariz tiba-tiba.Matanya tidak lepas
memandang wajah Farisha.Farisha terperanjat buat seketika.Namun beberapa saat
kemudian dia tersenyum kelat.The show is begin.
“Sya okey aje.Tapi Sya nak singgah kat warung Makcik Jah
sekejap ya.Nak beli nasi bungkus.Biar Sya belanja Riz sebungkus.Riz kan suka
nasi kat situ.”Balas Farisha agak manja.Berbulu telinga Azwa mendengar
perbualan merpati dua sejoli tu.Iman melangkah laju meninggalkan ruangan
perpustakaan.Azwa mengejarnya dari belakang.
Fariz tersenyum penuh makna.Pasti Iman cemburu melihat
kemesraan antara dia dan Farisha.Di mata semua pelajar,Fariz dan Farisha
seperti belangkas rapatnya.Seperti pasangan yang sedang hangat
bercinta.Namun,itu semua hanyalah lakonan semata-mata.Fariz meminta jasa baik
Farisha untuk menyamar menjadi ‘kekasihnya’ apabila Iman muncul antara
mereka.Fariz hanya ingin membuat Iman sakit hati dan cemburu.Dalam erti kata
lain,hubungan sebenar antara Fariz dan Farisha hanyalah berlandaskan
persahabatan semata.
Farisha pula rela melakonkan watak sebagai ‘kekasih’ kepada
Fariz Minhat,pelajar paling terkenal di sekolah mereka.Semua pelajar perempuan
ingin mendekati Fariz.Dan Farisha amat berbangga kerana Fariz memilihnya dalam
ramai-ramai pelajar perempuan di sekolah ini.Farisha amat jelas motif Fariz
menggunakan khidmatnya ini.Tidak lain tidak bukan adalah Fariz ingin membuat
Iman cemburu.Kadang-kadang Farisha pelik dengan Iman.Tidakkah gadis itu
mengetahui yang Fariz sukakan dirinya?Iman memang buta dalam menilai erti
cinta.Dan dia pula terlalu mendambakan cinta lelaki yang bernama Fariz itu.
Farisha terbangun dari lamunannya apabila cuping telinganya
menangkap bunyi deringan telefon bimbit yang bernada sedikit rancak itu.Dia
bangun lalu mengambil telefon bimbit yang terdapat di atas meja.Farisha
membiarkan telefon itu terus berdering.Dia langsung tidak berminat ingin
menjawab panggilan dari ‘lelaki itu’.Farisha meletak kembali telefon bimbit
Blackberry miliknya atas meja kaca.Dia melangkah ke luar balkoni apartmen.
Otaknya kusut memikirkan pelbagai masalah yang bertubi-tubi
melanda dirinya semenjak dua menjak ini.Dengan masalah kes saman-menyaman yang
belum selesai-selesai lagi,masalah gangguan yang tak habis dari lelaki itu dan
masalah hatinya.Farisha nekad untuk merampas kembali cinta Fariz.Ya,dia akan membuat
lelaki itu jatuh cinta dengannya.Dia akan buat Fariz lupakan Iman untuk
selamanya.
**************
“Fariz…Fariz
bangun.Fariz…”Iman memanggil dengan suara yang perlahan.Dia meletakkan dulang
yang terisi dengan semangkuk bubur nasi dan air suam itu di atas meja di
sebelah katil.Iman melabuhkan punggungnya duduk di birai katil.Dia memerhati
wajah pucat Fariz.Jam sudah pun menginjak ke pukul 10.30 malam.Fariz belum lagi
menjamah sebarang makanan untuk diisi dalam perutnya.
Puan Mala meminta Iman menyediakan bubur untuk Fariz.Orang
demam memang elok makan bubur sahaja.Senang untuk proses penghadaman.Iman hanya
menurut.Sebab itu dia datang ke bilik ini dengan membawa semangkuk bubur nasi
untuk disuapkan kepada Fariz.Namun,apabila melihat Fariz masih ketiduran
seperti ini,Iman jadi serba-salah pula hendak mengejutkan suaminya itu untuk
bangun makan.
“Fariz…Fariz
bangun…”Iman terpaksa juga menggerakkan tubuh Fariz.Dia terus menggerakkan bahu
lelaki itu.Beberapa minit kemudian barulah Fariz membuka mata.Ditatap lama
wajah Iman di hadapannya itu.Dia terkejut.Dia cuba bangun.
Iman membantu Fariz untuk bangun.Disandarkan tubuh Fariz di
kepala katil.Mulut masing-masing diam membisu.Hanya panahan mata yang saling
melawan.Sungguh Iman tidak selesa Fariz melemparkan pandangan seperti itu
kepadanya.
“Ibu suruh aku masakkan bubur ni untuk kau.Kau pun belum
makan apa-apa kan.Lepas makan bubur ni,bolehlah kau makan ubat.”Terang Iman
panjang lebar sambil mencapai mangkuk bubur atas meja.Dia tidak lagi memandang
ke arah Fariz.Tangannya sibuk mengacau-ngacau bubur nasi yang masih panas
itu.Lidah Fariz kelu untuk berbicara.Dia terharu dengan keadaan ini.
“Kau boleh makan
sendiri kan?Nah…”Iman menghulurkan mangkuk itu kepada Fariz.Fariz menganggukkan
kepala seraya menyambut huluran isterinya itu.Dia tidak akan meminta lebih dari
ini.Dia akan mengikut apa sahaja perintah Iman.Dia tidak ingin menyakiti hati
perempuan ini lagi.
Iman bingkas bangun.Namun,belum sempat langkahnya bermula
dia berpaling semula ke arah Fariz yang masih belum menjamah bubur itu.Melihat
itu Iman jadi serba-salah pula.
“Kenapa tak makan
lagi?Atau bubur yang aku buat tu tak kena dengan selera kau.”Iman membuat
andaian.Fariz menggeleng perlahan.
“Aku tak ada selera.Nanti-nantilah aku makan.”Ujar Fariz
agak lemah.Iman mengeluh kecil.Dia duduk semula di birai katil.Dirampasnya
mangkuk bubur dari tangan Fariz.Fariz hanya membiarkan.Tiada daya dia
melawan.Iman menyeduk sesudu bubur lalu ditiup perlahan-lahan.Dia menghalakan
sudu itu ke mulut Fariz.
“Aaa…”Iman menunggu lama Fariz membuka mulutnya.Lelaki itu
menggeleng tak nak.Iman mencebik.Macam budak-budak.Gumam Iman dalam hati.
“Makanlah sikit.”Pinta Iman lembut.Fariz tetap menolak.Iman
mula naik geram.
“Tak nak makan
sudah.Aku tak nak paksa.Bye the way,Fariz…Aku nak cakap sesuatu dengan kau.Ini
mengenai hal….”Belum sempat Iman meneruskan kata,Fariz sudah berbaring
semula.Dia memejamkan matanya.Fariz tiada mood nak mendengar apa-apa saja
cerita atau syarat-syarat bodoh dari Iman hari ini.Dia ingin tidur.Hanya dengan
tidur dia dapat melupakan seketika masalah rumahtangga mereka ini.
Iman mengetap bibir menahan perasaan geram.Dia cuba
menyabarkan dirinya.Iman cuba memahami keadaan Fariz saat ini.Tapi,dia Cuma ingin
memberitahu Fariz mengenai satu perkara yang penting.Memberitahu Fariz agar
tidak mengambil kesempatan ke atas dirinya sementara ibu dan abahnya tinggal di
sini selama seminggu ini.Iman amat yakin,Fariz pasti akan mengambil kesempatan
ke atasnya lagi seperti petang tadi.Iman tidak suka dengan keadaan itu.Dia
tidak suka Fariz menghampirinya lagi.Dia benci dengan keadaan itu.
************
Keesokan harinya,pagi-pagi lagi Fariz sudah bangun.Dia
terjaga dari tidurnya kerana perutnya terasa lapar sangat.Hampir seharian dia
tidak makan semalam.Fariz bangun dari katil.Matanya terpandangkan tubuh Iman
yang sedang tidur mengiring di atas sofa di hujung sana.Fariz segera
mendapatkan Iman.Kesian pula melihat isterinya yang terpaksa tidur di atas sofa
seperti itu.Pasti Iman takut untuk tidur sekatil dengannya lagi.Andai saja
Fariz tidak demam,mahu saja dia mencempung Iman untuk tidur di atas
katil.Kepalanya sendiri masih lagi berasa pening-pening.
Fariz membiarkan Iman tidur di situ.Dia melangkah masuk ke
bilik mandi.Beberapa minit berada dalam bilik mandi,Fariz keluar dengan sudah
berwuduk.Dia membentangkan sejadah.Dia menunaikan solat fardhu Subuh.
Usai mengerjakan solat,Fariz sekali lagi bergerak ke arah
Iman yang masih lena diulit mimpi itu.Dia duduk di birai sofa.Dia merapikan
anak rambut Iman dengan jari telunjuknya.Berhati-hati dia melakukan
itu.Diperhati lama wajah polos Iman yang sedang ketiduran itu.Maafkan
aku,Im.Maafkan aku.Aku dah hancurkan keceriaan pada wajah kau.Aku beri kau
derita,Im.Maafkan aku…Fariz menarik nafas dalam.Dihembusnya berat.Dia bingkas
bangun lalu menjarakkan diri dari Iman.
“Im bangun.Bangun dah Subuh ni…”Fariz mengejutkan Iman dari
tidur.Bahu perempuan itu digerakkan sedikit.Iman memang seorang yang cepat
terjaga dari tidur.Apabila terasa bahunya seperti disentuh seseorang,dia terus
bingkas bangun.Tercengang dia melihat Fariz yang sedang berdiri di hadapannya
itu.Dia menggosok-gosok matanya.
“Dah Subuh ni.Pergilah solat dulu.”Ujar Fariz memberi
arahan.Iman memandang jam di dinding.Sudah masuk pukul 6.30 pagi.Tanpa berkata
apa-apa,Iman meluru masuk ke dalam bilik mandi.Fariz pula sempat mengukir
senyum melihat keadaan Iman yang tak semengah itu.Fariz mengatur langkah menuju
ke tingkat bawah.Dia ingin menyediakan sarapan pagi untuk penghuni rumah ini
hari ini.Dia berasa lebih bersemangat hari ini.Dia tidak ingin menyusahkan Iman
lagi.Dia akan menjadi seorang suami yang boleh diharap mulai dari hari ini.
***********
“Sedapnya nasi
goreng Cina ni.Pandai Fariz masak.”Puji Puan Mala ikhlas.Encik Yusuf hanya
menganggukkan kepala mengiyakan kata-kata isterinya itu.Memang sedap.Iman turut
memuji dalam hati.Pandai juga suaminya ini memasak.
Fariz tersenyum bangga.“Terima kasih,bu.Biasa-biasa aje
ni.Masakan Im lagi best.”Fariz memuji Iman pula.Hampir-hampir saja Iman
tersedak mendengar pujian dari lelaki itu.Tak pernah-pernah Fariz memuji
masakannya.Buang tebiat ke apa dia hari ni.Omel hati kecil Iman.
Fariz tersenyum memandang Iman.Iman terpaksa buat-buat
senyum membalas senyuman dari Fariz.Senang Puan Mala melihat kebahagiaan anak
menantunya itu.Puan Mala yakin yang Iman pasti menjaga makan pakai Fariz dengan
sebaiknya.Iman seorang anak yang sangat baik dan patuh mendengar
kata-kata.Sangat menghormati orang lebih tua.Puan Mala bersyukur kepada Allah
kerana mengurniakan seorang anak seperti Iman.Seorang anak yang tidak suka
menyusahkan ibu bapanya.Seorang anak yang sentiasa ingin melihat orang di
sekelilingnya bahagia.
Iman melengkapkan hiasannya dengan
sedikit calitan gincu di bibir mungilnya.Dia melihat keadaan dirinya di hadapan
cermin.Dia menguntum senyum.Simple but nice.Iman memadankan baju kurung
berwarna merah jambu dengan tudung berwarna putih kegemarannya.Dia ingin keluar
ke suatu tempat hari ini.
Tiba-tiba daun pintu dikuak dari
luar.Iman melemparkan pandangannya ke arah pintu.Terpampang wajah tersenyum
Fariz di muka pintu.Iman tak tahu kenapa tapi dia menyedari satu perkara hari
ini.Fariz amat murah dengan senyumannya hari ini.Lelaki itu sentiasa
tersenyum.Entah apa motif lelaki itu senyum-senyum seperti itu.Mungkin saja ingin
menutupi kedinginan antara mereka berdua.Ya,mungkin itulah penyebabnya.
“Kau nak pergi ke mana ni?”Tanya Fariz agak
keras.Dia memerhati Iman dari atas ke bawah.Cantiknya.Walaupun agak
bersederhana dandanan Iman ketika itu namun itu sudah cukup membuai perasaan
Fariz.Iman perasan dirinya menjadi santapa mata Fariz.Dia mendengus.Iman segera
mengalas beg tangan.
“Aku nak keluar kejap.Nak pergi siapkan
salinan perjanjian kita.”Jawab Iman serius.Fariz mengeluh hampa mendengar
jawapan isterinya itu.Ternyata Iman serius kali ini.Fariz fikirkan Iman sudah
melupakan mengenai hal perjanjian bodoh itu.Fariz masih berdiri di depan
pintu.Itu membuatkan langkah Iman terhenti di hadapannya.
Mereka saling berpandangan.Masing-masing tidak
mahu berganjak.
“Okey,fine.Aku izinkan kau keluar tapi…tapi ingat Iman kau
kena balik awal.Aku tak nak ibu mengesyaki apa-apa masalah antara kita berdua.Lagipun
aku risaukan kau…”Iman mencebik mendengar ucapan Fariz itu.Sejak bila lelaki
itu pandai risau?Ah!Lantaklah dialah nak fikir apa pun.Iman memandang ke arah
pintu.Fariz masih berdiri tegak di hadapan pintu.Iman buat-buat berdehem.
“Excuse me.”Tanpa mahu menunggu Fariz berganjak lagi,Iman
terlebih dahulu menolak sedikit tubuh lelaki itu yang agak menghalang
pandangannya untuk memulas tombol pintu.Iman terus menghilangkan diri sebaik
sahaja pintu berjaya dibuka olehnya.Fariz meramas genggaman
penumbuknya.Kerasnya hati Iman sekarang.Nekad betul isterinya menginginkan dia
melaksanakan syarat-syarat yang dibentangkan olehnya hari itu.Fariz berdukacita
dengan keadaan ini.Semua masalah berpunca dari dirinya sendiri.Serve your
right,Fariz!Desis hati kecil Fariz agak hampa.
***********
Iman memegang kemas sampul surat berwarna cokelat itu.Di
dalam sampul surat ini terdapatnya helaian perjanjian antara dia dan
Fariz.Semuanya Iman sudah taip dengan terang dan jelas.Iman tahu Fariz
merupakan seorang peguam.Pasti lelaki itu akan mempertikaikan kandungan
perjanjian ini nanti.Iman sudah ada rancangannya sendiri.Rancangannya itu akan
membuat Fariz terpaksa patuh dengan perjanjian ini dan tidak mempertikaikannya
lagi.
Dalam perjalanannya ke tempat parkir kereta,tiba-tiba saja
dia bertembung dengan seseorang.Iman terkaku sebentar.
“Hai,Iman.You buat apa kat sini?Lama betul tak jumpa dengan
you kan.Last kita jumpa masa kat Pavilion dulu.”Ujar Farisha sambil merapikan
rambutnya.Dia menguntum senyum memandang ke arah Iman yang kelihatan agak
terperanjat bertemu dengannya.
“Lama tak jumpa kan.Masing-masing busy kot.Kau apa
khabar,Sha?Macam mana business bunga kau tu?”Tanya Iman ramah.Dia tidak tahu
kenapa tapi setiap kali berhadapan dengan Farisha,dia berasa sangat kerdil dan
merendah diri.Farisha sangat berkaliber jika nak dibandingkan dengan dirinya.
“Khabar
baik,Im.Erm…apa kata kita pergi minum-minum dulu.Banyak nak diborakkan dengan
you ni,Im.”Pelawaan Farisha membuatkan Iman jadi serba salah.Dia menilik jam di
tangan.Masih awal lagi.Sempat lagi kot kalau dia keluar minum sebentar dengan
Farisha.Akhirnya mereka berdua melangkah beriringan menuju ke kafe berdekatan.
“Thanks.”Ucap Farisha kepada pelayan perempuan itu.Iman juga
mengucapkan terima kasih.Mereka berdua menyedut laju jus limau yang dipesan
tadi.Farisha mengelap bibirnya dengan tisu penuh sopan.Iman hanya memerhati.
“You kerja kat mana sekarang Im?Menurut Mikael,you pernah
jadi cikgu sementara di pusat tuisyen.Betul ke?”Soalan Farisha tidak segera
dijawab oleh Iman.Sebaliknya otaknya tiba-tiba menfokuskan nama Mikael.Lama
sudah dia tidak bertemu empat mata dengan lelaki kacukan itu.Hanya melalui
telefon mereka berhubung.Sekarang pula sudah jarang-jarang Mikael
menelefonnya.Adakah lelaki itu baik-baik saja?Iman harap Mikael berada dalam
keadaan baik-baik saja.
Farisha melambaikan tangannya ke muka Iman.Serentak itu Iman
tersedar dari lamunannya.
“Sorry-sorry.Err…aku
dah berhenti kerja.Aku…aku sekarang…”Entah ayat apa yang sesuai digunakan oleh
Iman untuk menyatakan kedudukan sebenarnya sekarang.Fariz sudah memberi amaran
kepadanya dulu.Lelaki itu melarangnya membongkarkan status sebenarnya kepada
Farisha.Entah kenapa agaknya Fariz tidak ingin Farisha mengetahui mengenai
perkahwinan mereka ini.Adakah itu bermaksud Fariz masih menyimpan perasaan pada
Farisha?Ah!Iman cuba membiarkan perasaan tidak puas hati itu berlalu pergi.
“Pelik I tengok you ni Im.Mengelamun
aje.Teringat kat pakwe ke?Hmm?Entah-entah teringat kat Mikael.”Kata-kata
Farisha disambut kerutan di dahi Iman.Mikael?Kenapa pulak Farisha tiba-tiba
menyebut nama lelaki itu.Iman tersenyum nipis.
“You know what Im…Pada pandangan I kan you dan
Mikael tu sangat serasi dan sepadan.So apa tunggu lagi?Korang berdua takkan tak
ada apa-apa perasaan kot.Imposibble.I tengok you all rapat semacam aje.Macam
belangkas.Jealous I tengok tau.”Iman menelan air liur.Terasa berat untuk dia
menelan kata-kata Farisha itu.Semuanya sudah berlalu,Sha.Memang mustahil tiada
apa-apa perasaan wujud antara kami.Aku pernah sayangkan dia.Tapi dia sayangkan
kau.Dan sekarang aku dah redha dengan semua tu.Aku tak menyimpan apa-apa
perasaan lagi pada dia.Luahan Iman itu hanya didengari oleh hatinya sendiri.Tak
mungkin dia meluahkan itu semua kepada Farisha.
“Kitorang hanya kawan.Tak lebih dari tu.Sekarang pun aku dah
lama tak jumpa Mikael.Mikael kan suka kat kau.Takkan kau tak tahu pasal hal
tu,Sha?”Farisha tertawa kecil mendengar kata-kata Iman itu.Iman kehairanan.Apa
yang pelik sangat?
“I tahu dia sukakan I.Tapi,Im…Hati I ni hanya setia pada
satu nama.I rasa you tahu siapa yang I maksud kan.You know him better.”Iman
melemparkan riak wajah blur.Aku kenal?Siapa?Iman mula terfikirkan lelaki-lelaki
yang pernah dia kenal.Sesaat kemudian mimik mukanya berubah hampa.Fariz?Adakah
Fariz yang Farisha maksudkan?Ada perasaan kurang senang melanda hati Iman
dengan tiba-tiba saja.Tak.Aku langsung tak terkejut atau cemburu dengan
kenyataan ini.Tak!Iman cuba melupakan perasaan yang sedang melanda hatinya saat
ini.Perasaan cemburu.
“I nak tanya you,Iman.Setahu you Fariz sekarang ada someone
or somebody yang rapat dengan dia tak?You kan sepupu dia.Mesti you tahu kan?”Semakin
sesak nafas Iman tika itu.Percakapan Farisha seakan-akan menunjukkan betapa
gadis itu menaruh hati kepada Fariz.Iman semakin yakin kini.Farisha memang
masih mencintai Fariz.Adakah Fariz mempunyai perasaan yang sama terhadap gadis
itu?
“Err…aku…aku tak tahu,Sha.Lagipun dia dengan aku tak serapat
dulu lagi.Dia sibuk sekarang.Kami dah jarang-jarang jumpa.Kau…kau…”Serba-salah
untuk Iman bertanya.
“What?Just say it.Kau apa?”Soal Farisha.
“Kau cintakan Fariz?”Tanya Iman inginkan kepastian.Farisha
mengangguk lambat-lambat.Anggukan dari Farisha menghancurkan lagi perasaan
Iman.Hatinya sakit,kecewa dan cemburu.Ternyata masih ada seseorang yang setia
menyintai Fariz.Pasti Fariz juga tahu bahawa Farisha mencintainya.Kerana itu
lelaki itu melarangnya memberitahu Farisha mengenai hubungan sebenar mereka
berdua.Iman menahan perasaan hiba.Dia berpura-pura memandang jam di pergelangan
tangan.
“Erm…okeylah,Sha.Aku kena gerak dululah.Lain kali kita
borak-borak ya.Terima kasih sebab belanja aku minum.Aku minta diri dulu.”Iman bangun
dari kerusi.Farisha ikut bangun sama.
“Ala Im baru sekejap sangat kita sembang.But its okay lain
kali kita jumpa lagi.Gembira dapat jumpa you hari ni.”Iman menghulurkan
tangan.Farisha menyambutnya dengan senyuman terukir di wajah ayunya.Usai memberi
salam,Iman terus melangkah pergi dari situ.Dia melangkah penuh longlai menuju
ke tempat parkir.Tanpa dia sedar,ada air mata yang menitis ke pipinya.Iman
menangis semahunya dalam kereta.Dia tidak tahu kenapa tapi hatinya sedih dan
kecewa sangat saat ini.Hatinya sakit mengetahui perasaan Farisha pada Fariz
itu.Dia terasa seperti Fariz mengkhianati perkahwinan mereka.Mengkhianati dirinya.
***********
“Im…Kenapa baru
balik?Kamu pergi ke mana tadi?Fariz cakap kamu pergi jumpa Azwa.Betul ke?Tapi
kenapa lama sangat.Tak eloklah Im keluar awal pagi balik petang-petang macam
ni.”Iman terhenti di kaki tangga.Terperanjat dia dengan sergahan ibunya dari
dapur itu.
“Maafkan Im,bu.Im…Im…”Iman tak tahu nak berkata
apa.Tiba-tiba muncul Fariz menyelamatkan keadaan.
“Azwa dengan Kam sihat,Im?Im dah sampaikan salam abang pada
diorang kan?”Ujar Fariz seraya berdiri betul-betul bersebelahan Iman.Iman
terkesima dengan penggunaan bahasa Fariz tadi.Abang?Sejak bila lelaki itu
pandai ber-abang dengan dia.Mereka saling berpandangan.
“Err…Im dah sampaikan salam a…abang tadi.Diorang kirim salam
balik.”Ucap Iman berbohong.Berdebar hati Iman memanggil Fariz dengan panggilan
abang.Ini kali pertama dia menggunakan panggilan seperti itu.
Puan Mala tersenyum melihat kemesraan anak menantunya itu.
“Ibu ingat Im pergi manalah tadi.Baiklah ibu ke dapur
dulu.Ada kerja lagi belum siap.”Puan Mala menghilang ke dapur.Melihat ibunya
sudah tidak berada di antara mereka berdua,Iman pantas mendaki tangga menuju ke
bilik.Fariz mengerutkan dahi tidak mengerti.Kenapa Iman macam marah aje dengan
aku?Aku salah cakap lagi ke?Fariz cepat-cepat mengejar Iman dari
belakang.Sesampai saja dia dalam bilik,dia melihat Iman duduk termenung di
birai katil.Fariz mendekati isterinya.
“Kenapa,Im?Kau marah ke aku bohong macam tu tadi?Aku
terpaksa.Maafkan aku.”Ujar Fariz lembut.Dia menanti Iman melafaz
kata.Hampa.Iman hanya diam.Dia memandang ke depan dengan dalamnya.Jauh fikiran
Iman menerawang.Fariz bingung.
“Iman…”Fariz duduk di sebelah Iman.Iman langsung tidak menjarakkan
diri.Sebaliknya ada air mata jernih yang menitis ke pipinya.Iman cepat-cepat
menyeka air mata itu.Fariz semakin resah.Kenapa dengan isterinya ini?Adakah
Iman menangis kerana dirinya lagi?Fariz memegang bahu Iman mengharap Iman
memandangnya.
“Kenapa ni?Janganlah diam macam ni aje.Aku risau kau macam
ni,Im.Aku salah cakap ke tadi?Okey aku minta maaf.”Iman menundukkan
pandangannya.Perlahan-lahan dia menepis lembut tangan Fariz yang masih
mengcengkam bahunya itu.Iman mengambil sesuatu dari beg tangannya.Fariz diam
memerhati.
“Sign ni.”Arah Iman pendek.Dia menghulurkan Fariz sampul
surat berwarna cokelat tadi.Fariz tercengang.Dia memandang Iman dengan
pandangan tidak percaya.Sampul surat yang dihulurkan Iman disambut
lambat-lambat.Dia takut untuk mengetahui isi sampul surat itu.Pasti di dalamnya
terisi dengan perjanjian antara dia dan Iman.Ah!Kenapalah Iman begitu
nekad.Iman,aku dah berubah.Aku takkan sakiti hati kau lagi.Aku cintakan
kau.Ucap Fariz dalam hati.
“Sign ni dan patuhi
syarat-syarat ni bermula dari hari ni jugak.”Kata Iman tanpa memandang
Fariz.Dia menghulurkan Fariz sebatang pen berdakwat hitam.Iman tak mampu
menunggu lebih lama dari ini.Syarat-syaratnya sudah diubah.Atau lebih tepat dia
menambahkan satu lagi syarat untuk Fariz.Dia sudah buat keputusan.Keputusan ini
diambil selepas dia mengetahui perasaan sebenar Farisha kepada Fariz tadi.Andai
mereka berdua memang saling cinta,Iman rela dilepaskan.Tak perlu tunggu 3 bulan
ke berapa bulan sekalipun.
Dia lewat pulang tadi pun kerana dia kembali ke cyber café
untuk menaip kembali surat perjanjian ini.Iman sudah buntu.Dia sendiri tidak
tahu adakah betul apa yang dia lakukan ini.Yang dia tahu,dia membenci Fariz
saat ini.
Fariz langsung tidak
membaca isi perjanjian pada helaian kertas itu.Dia ingin percayakan Iman.Sekelip
mata dia menandatangani kedua-dua helai kertas itu.Iman terpana.Dia memandang
Fariz dengan pandangan menyorot.Lelaki itu langsung tidak membaca syarat
perjanjian antara mereka.Pasti Fariz ingat tiada syarat tambahan dalam perjanjian
itu.Perlukah dia memberitahu Fariz mengenai syarat yang ke-4 itu?Detik hati
Iman tiba-tiba.
“Kenapa kau tak baca
perjanjian ni?Kau tak takut aku tipu kau?”Tanya Iman menduga.Fariz tersenyum
mendengar kata-kata Iman itu.Iman semakin pelik.
“Mulai dari hari ni,aku nak belajar percayakan kau.Aku ikhlas.”Ujar
Fariz serius.Sungguh dia ikhlas meletakkan kepercayaan kepada Iman.Tidak
mungkin Iman meletakkan syarat yang bukan-bukan.Tiada faedahnya Iman melakukan
itu.Iman mendengus mendengar jawapan Fariz.
“Okeylah kalau macam tu.Ini untuk kau.Simpan elok-elok.Buat
pengetahuan kau,perjanjian ni sah antara kita berdua.Walaupun tiada saksi
lain,aku nak kau berpegang dengan perjanjian ni.Aku tahu kau ni peguam terhebat
yang boleh memutarbelitkan fakta.Tapi,kau kena ingat kalau kau cuba buat macam
tu,aku tuntut fasakh.Kita akan bercerai.Kau faham?”Ucapan Iman itu semualah
hanyalah satu ugutan.Puas dia memikirkan soal ini tadi.Andai Fariz menggunakan
kepakarannya sebagai seorang peguam,pasti Iman akan kalah dalam soal
ini.Perjanjian tanpa saksi dan cop yang sepatutnya pasti akan mengundang
masalah di kemudian hari.Makanya Iman mencipta alasan seperti ini.Ugutan ini
sekadar ingin menakut-nakutkan Fariz.
Fariz hanya mengangguk faham.Dia sebenarnya tidak berpuas
hati dengan ugutan Iman itu.Namun,keyakinan harus dipegang olehnya.Dia
yakin,dalam masa beberapa bulan ini dia pasti akan dapat kembali tali
kepercayaan Iman.Iman seorang yang lembut hatinya.Tak mungkin wanita itu akan
berdendam dan membencinya terlalu lama.Fariz akan buat Iman jatuh cinta dengan
dirinya.Ya,jatuh cinta.Dan Fariz akan memulakannya sekarang.
“Okey,sekarang masalah perjanjian dah selesai.Sekarang aku
nak kau patuhi syarat aku yang satu tu.Kau ingat lagi syarat aku tu,Im?”Tanya
Fariz sambil menaikkan kening tebalnya.Iman terpana seketika.Dia tidak
menyangka Fariz akan se-cool ini.Ke mana hilangnya Fariz Minhat yang panas
baran dan suka melenting itu?Iman bingung.
“Okey tak apa biar aku ingatkan kembali syarat aku tu.Syarat
aku senang saja.Bagi aku peluang untuk tebus balik kesalahan aku pada kau.Aku
minta maaf,Im.Aku minta maaf dari hujung rambut hingga ke hujung kaki.Aku nak
mulakan hidup baru dengan kau.Kau dah pun setuju syarat aku tu.Sekarang kau dah
ingat?Hmm?”Iman terkedu.Kini baru dia ingat.Fariz memang ada meletakkan syarat
itu.Pantaskah Fariz diberi peluang?Ah!Kenapalah aku bodoh sangat pergi setuju
hari tu.Iman resah.Dia memandang Fariz dengan pandangan tidak puas hati.
“Aku…aku…”Iman tak tahu nak berkata apa.Kini,dia terasa
seperti terperangkap pula.Memberi lelaki itu peluang bermakna dia harus
menerima setiap layanan Fariz pada dirinya nanti.Oh,tidak!Itu bermakna dia dan
Fariz pasti akan semakin rapat.Perjanjian ini benar-benar memakan dirinya.Hebat
betul Fariz merancang rancangannya seperti ini.Lelaki itu pasti sudah tahu di
akhir semua ini,Iman terpaksa juga menerima kehadiran Fariz dalam hidupnya.Iman
sudah tidak senang duduk.Dia gelisah memikirkan kenyataan ini.Kenyataan bahawa
dia harus memberi Fariz peluang membaiki kesilapannya.Memberi Fariz peluang
kemaafan.Mampukah dia mengeraskan hatinya nanti dengan segala pujuk rayu Fariz
nanti?Atau adakah dia akan terbuai-buai dengan layanan Fariz kepada dirinya
nanti?Iman buntu.Dia diam membatu.




Bezzzzzz.....smbg lgi tau......
ReplyDeletesuka new fariz....
owh~lame pun xpe sbb styap bab mesti ad isi...huhu bez lg n3 ni.
ReplyDeletebest! tambah suker kat si Fariz neh..hihi..harap2 nti brtmbah baik lah hubungan mrk..takmau iman marah2 kat Fariz lagi..haha!
ReplyDeletereally love this...can't wait for the next n3
ReplyDeletebesttt... :-)
ReplyDeleteBest gilaaa! Cepat2 la abiskan. tak sanggup nak tggu ending dia! bedebar nie. hee. sambung tau! :D
ReplyDeletecepat2 update tau.. thank you for the entry
ReplyDeletebest!! camana fariz nk tackle im..hehehe
ReplyDeletecpt lh smbng...
ReplyDeletebest sngt...
citer ni memang besttt...cepat2 la update...lama nak tunggu citer seterusnya..
ReplyDeletebest sangat sambung lagi please
ReplyDeleteSuke sgt crita ni. Sambung cpt2.Apa tajuk lagu korea website ni?
ReplyDeletesaya pembaca br dlm blog ni... novel yg menarik sgt..harap2 penulis boleh sambung lg cerita ni..
ReplyDelete~huda1002~
thumbs up..!! best lah kak.... sambung lah cepat .k. :P
ReplyDeletekenapa citer n dah lame x keluar
ReplyDeleterindunyer,,,
bla nk ada smbungan...rndu tahap gaban dah ni.......
ReplyDeletexda sambungan dh ka?
ReplyDeletestill wait 4 da new n3
ReplyDeletewokey.. ari ni sy stay kat laman ni semata2 nak baca criter Akankah bahagia itu milikku..dr bab 1-23.. ade n3 bru x?
ReplyDelete(^^)