Boboy
sudah gelisah menunggu.Diperhatikan satu-persatu tetamu yang hadir di majlis
yang serba meriah dan mewah itu.Ada yang dikenalinya dan ada juga yang dia tak
pernah tengok mukanya sebelum ini.Boboy tak kisah dengan itu semua yang penting
‘kawan’ baiknya selalu ada di sampingnya.Boboy sayang sangat ‘kawan’nya yang
comel itu.Dia tersenyum gembira.Ibu jari tangan kanannya tidak lepas dari
mulut.Dihisapnya dari tadi.
Boboy
memandang jam Ben 10 di pergelangan tangan kirinya.‘Alamak,dah nak start!’Boboy
sudah tidak senang duduk.Digaru-garu kepalanya yang tidak gatal itu.
“Pak cik,boleh tak cepat sikit?Kita nak pergi
jumpa kawan kita pulak ni.”Rungut Boboy sambil membetulkan cap di kepalanya.Dia
rimas.Rimas sangat-sangat.‘Pak cik’ yang duduk bertentangan dengan Boboy
terkedu.Dia menggeleng-gelengkan kepala.‘Budak macam ni nak kahwin?Hisy,mengarut
betullah.’Omel Haji Mustapa tidak puas hati.
“Boboy,pakai songkok ni ya?Mari mama pegang
cap Boboy ni.”Ujar Datin Maizura seraya menanggalkan topi di kepala Boboy lalu
memakaikan songkok hitam yang dihias dengan kerongsang ke kepala anak sulungnya
itu.Boboy mengelak untuk disarungkan songkok.
“Tak naklah,mama.Kita nak pakai cap ni.Kita
tak suka kopiah ni.Tak cantik.”Seluruh mata sudah menghala ke arah kedua-dua
beranak itu.Datin Maizura tetap berkeras memakaikan Boboy songkok.Tak pernah
dibuat orang,pakai cap bila nak akad nikah.
Ya.Akad
nikah yang akan dijalankan sedikit masa lagi.Perkahwinan antara Boboy dan
pilihan hatinya.Pada mulanya memang sukar untuk Datin Maizura menerima berita
ini,namun apabila melihatkan betapa sayangnya Boboy pada pilihan hatinya
itu,Datin Maizura mengalah.Mungkin inilah takdirnya.Anak istimewanya sudah
menemui jodohnya sendiri.Jodoh yang diharapkan dapat menjaga Boboy seikhlas
hati.
“Kalau Boboy degil macam ni,mama panggil
kakak nanti.Nak mama panggil kakak ke?”Ucap Datin Maizura membisik ke telinga
Boboy.Dia mengugut.Dengar saja nama ‘kakak’ disebut,Boboy terus menyarungkan
songkok ke kepala dengan sendirinya.Dia duduk bersila dengan tegapnya.Dia
takut.Takut dengan kakak.
Datin Maizura membisikkan sesuatu ke telinga
suaminya,Datuk Azman.Kelihatan Datuk Azman mengangguk beberapa kali.Selepas
Datin Maizura menghilang di celah-celah tetamu yang hadir,Datuk Azman memulakan
bicaranya.
“Baiklah,Tuan Haji.Saya rasa kita dah boleh
mulakan sekarang.”Ucap Datuk Azman seraya menoleh ke arah Boboy yang sudah mengeras
tidak bergerak itu.Haji Mustapa mengangguk faham.Dia mengengsot ke depan
sedikit.Kini dia duduk face-to-face dengan Boboy.Dijabatnya tangan Boboy.
“Dah sedia ke belum?Dah tahu nak cakap apa
nanti?”Boboy blur.Songkoknya disengetkan.Datuk Azman mendapatkan Boboy.
“Ingat apa yang abah pesan semalam?Aku terima
nikahnya Nura Alia bt Razak dengan mas kahwin sebanyak RM80 tunai.Ingat
tak,Boboy?”Boboy laju mengangguk.Sudah 2 hari dia menghafal ayat tadi.Dia
ingat.Datuk Azman tersenyum.Dia yakin,Boboy pasti boleh.Dia pasti.
“Baiklah,kita mulakan sekarang.”Haji Mustapa
meraih tangan Boboy sekali lagi.Digenggam erat tangan yang sudah kesejukan
itu.Boboy hanya menunjukkan muka selambanya.Semua tetamu diam menyaksikan
majlis akad nikah yang akan dijalankan sedikit masa lagi itu.Sinaran flash
kamera sudah bergemerlapan.Boboylah yang menjadi heronya hari ini.Namun,Boboy
tidak suka dengan flash-flash itu semua.Dia menutup matanya dengan tapak
tangan.
“Aik,kenapa tutup mata pulak
ni?Buka-buka.”Haji Mustapa menjatuhkan tangan Boboy.Boboy memandang ke
sekeliling.`Aik,tak ada pulak cahaya.Tadi ada.’Omel Boboy kebingungan.Datuk
Azman yang menyedari ketidakselesaan anaknya itu,cepat-cepat mengisyaratkan
supaya tidak mengambil gambar menggunakan flash lagi.Kebanyakan tetamu yang
hadir yang memahami keadaan Boboy,hanya mengangguk faham.Ada juga yang
berbisik-bisik mengumpat.Datuk Azman sudah lali dengan keadaan itu.
Anaknya
selalu menjadi bahan umpatan orang.Dia reda.Dia tidak cepat melatah.Boboy
adalah anugerah terindah dalam hidupnya.Dia harus kuat untuk anaknya itu.Biarlah
apayang orang ingin kata,hanya dia dan isterinya yang memahami keadaan
sebenarnya.
“Aku nikahkan akan dikau dengan Nura Alia bt
Razak dengan mas kahwin sebanyak RM80 tunai….”Haji Mustapa menghenjut tangan
Boboy.Boboy memandang Haji Mustapa tidak berkelip.Dia menoleh pula ke arah
papanya.Jelas dia ketakutan saat itu.Dia menghisap jari lagi.Dia tercari-cari
kelibat seseorang.Matanya melilau-lilau.
Boboy
pantas menunduk apabila direnung tajam oleh seseorang dari hujung sana.
“Boboy..Boboy…”Haji Mustapa mula panas
punggung.Tak kuasa dia melayan budak macam ni.Datuk Azman sekali lagi
mendapatkan Boboy.Namun,dia dihalang seseorang.
“Biar saya yang settlekan.”Tegas Encik
Razak.Dia memaut bahu Boboy keras.
“Boboy kalau nak jumpa kawan Boboy cepat,baik
Boboy ingat apa yang abah ajarkan semalam.Okey?”Encik Razak menepuk-nepuk
belakang Boboy kuat.Dia melurut-lurut misainya yang melentik itu.Boboy
cepat-cepat memegang tangan Haji Mustapa.
“Aku terima nikahnya Nura Alia dengan mas
kawin sebanyak RM80 tunai.”Ucap Boboy laju.Semua orang mengeluh.Ada juga yang
ketawa mengejek.Suasana mulai gamat.
“Kita mulakan semula ya,Boboy..Mengucap
dulu..”Ucap Haji Mustapa bersabar.Boboy hanya mengikut.Dia pandai
mengucap.Mamanya yang ajarkan.Mama kata mengucap dua kalimah syahadah tu
penting.Kalau kita tak mengucap nanti Allah tak sayang kat kita.
“Baiklah..Bismillah…Aku nikahkan akan dikau
dengan Nura Alia bt Razak dengan mas kawinnya sebanyak RM80 tunai….”Dihenjut
tangan Boboy.
“Aku-terima-nikahnya-Nura-Alia-bt-Razak-dengan-mas-kawinnya-sebanyak-RM80-tunai….”Jawab
Boboy satu-satu.Seperti yang diajari oleh papanya.Akhirnya selesai juga akad
nikahnya.Datuk Azman memanjatkan rasa syukur.Perasaan hiba melanda hatinya.Begitu
juga dengan Datin Maizura.Dia memeluk menantu sulungnya penuh kasih.Air mata
merembes jatuh ke pipi.
Boboy
mengerling ke arah jam.`Dah mula…’Boboy bingkas bangun.Dia ingin berlari menuju
ke tingkat atas.Encik Razak pantas menarik lengannya.Boboy terduduk semula.Dia
merenung Encik Razak dengan renungan yang tidak puas hati.Dia mencuba bangun
lagi.Kali ini Datuk Azman pula yang menghalang.
“Boboy nak pergi tengok cerita Sin Chan,pa..Dah
mula dah….”Bentak Boboy.Air mata mula bertakung di tubir matanya.Datuk Azman tetap
memimpin Boboy menuju ke arah pengantin perempuan dulu.Cincin pun belum
disarungkan lagi..Disuruhnya Boboy duduk di situ.Disebelah isterinya yang
sah.Nura Alia sudah malu-malu kucing.Semua mata tertumpu pada mereka berdua
sekarang.Flash kamera mula menyilau ke muka.Boboy disuruh menyarungkan sebentuk
cincin emas putih dengan ukiran `love’ terbelah dua ke jari manis nura
alia.Nura Alia juga membalasnya dengan menyarungkan sebentuk cincin yang sama ke jari Boboy.Apabila
dicantumkan kedua-duanya,maka akan terbentuklah sebuah hati.Romantik sekali.
![]() |
| cincan kawin nura&boboy |
“Nura,salamlah tangan Boboy tu.”Pinta Datin
Maizura sambil menguntum senyum.Bahagianya terasa di hatinya detik itu.Kini
anaknya sudah ada penemannya.Tapi yang membimbangkan Datin Maizura,mampukah
menantunya itu melayan setiap kerenah anak istimewanya itu?
Seperti yang dipinta,Nura Alia menyalami
tangan Boboy,suaminya.Tanpa dipinta Boboy memeluk Nura Alia erat.Nura Alia
terkesima.Tetamu yang ada di situ masing-masing tersenyum melihat kemesraan
pengantin baru itu.
Selesai
mengambil gambar 2-3 keping,Boboy sudah berlari ke tingkat atas.Dia sudah
lewat.
***********************
Nura
Alia mendaki anak tangga dengan kegusaran di hati.Macam mana pula dia boleh ada
perasaan macam ni.`Relaxlah,Lia.Dia tu budak-budak aje.Jangan kau fikir
bukan-bukan.Relax.Cool.’Nura Alia menarik nafas dalam-dalam.Dia menguak daun
pintu bilik.Kelihatan suaminya tengah seronok menonton televisyen.Langsung
tidak sedar dengan kehadirannya.
Nura Alia melangkah masuk ke bilik
air.Disalinnya baju pengantin merah jambu yang dipakainya semasa akad nikah
tadi.Kini dia menyarung sepasang baju kurung ungu lembut pula.Kalau ikutkan
hatinya tak ingin dia berpakaian macam ni.Macam perempuan Melayu terakhir dah
gayanya.Namun,bagi melancarkan rancangannya dia harus bersabar dengan ini
semua.Dia harus teruskan lakonan ini.
“Alah..dah habis…”Boboy meloncat turun dari
sofa.Dia menggeliat.Nura Alia hanya diam memerhati.Selagi tak habis cerita
kegemarannya itu,selagi tulah Boboy takkan berganjak dari sofa.Nura Alia sudah
lali dengan itu semua.Tiba-tiba…….
“Argggghhhh!!!!”Nura Alia menjerit
kuat.Dipalingkan wajahnya ke sudut lain.Matanya dipejam rapat.Jantung berdegup
sakan saat itu.
“Boboy!Kan akak dah pesan jangan buka seluar
kat depan orang.Kalau nak buang air kecil,buka seluar kat dalam bilik air
sana.Kan akak dah pesan.Hish!”Nura Alia masih memejamkan matanya.Kedengaran
hilai-tawa Boboy yang seperti mengejek-ejeknya.Nura Alia merengus geram.
Sudah
beberapa kali dia melihat lelaki itu berbuat seperti itu di hadapannya.Suka hati
dia aje melurutkan seluar dihadapannya.‘Tahulah
budak-budak tapi aku ni perempuan tahu tak.Tak malu langsung.’Bebel Nura Alia
dalam hati.
Nura
Alia membuka matanya perlahan-lahan.Kelibat Boboy sudah tidak kelihatan.Dia
mengurut-urut dadanya.Dia menghela nafas lega.Nura Alia tidak betah lagi duduk
dalam bilik.Belum sampai sehari dia berdua-duaan dengan Boboy dalam bilik besar
ni.Dah macam-macam perasaan yang timbul dalam hati wanitanya.`Hish,tak boleh
jadi ni.’Nura Alia melangkah keluar.Dia menapak ke ruang tamu.
***********************
“Lia jaga diri baik-baik tau.Jangan
nakal-nakal.Jaga suami Lia baik-baik.Jangan nak buli dia pulak.”Pesan Puan
Aminah serius.Nura Alia buat-buat tidak mendengarnya.Masuk telinga kiri,keluar
telinga kanan.Puan Aminah pening kepala apabila mengenangkan anak tunggalnya
seorang ni.Entah apa yang ada pada Boboy sampaikan Nura Alia sangggup menikahi
lelaki autism itu.
Puas
dinasihatkannya tapi Nura Alia tetap berkeras ingin berkahwin dengan Boboy.Yang
bertambah rungsing,suaminya,Encik Razak menyetujuinya tanpa banyak tanya.Macam
nak jual anak saja.Tahulah keluarga Boboy orang berada.Tapi,mampu ke Boboy tu
menjaga anak perempuannya yang nakal ni?Pening,pening.
“Abah nak Lia jangan buat hal yang
bukan-bukan lagi lepas ni.Jangan pandai-pandai nak keluar malam lagi.Jaga suami
tu elok-elok.Faham?!!”Ujar Encik Razak tegas.Nura Alia tertunduk takut.Dia
tidak berani menatap wajah ayahnya tu.Entah kenapa apabila berhadapan dengan
ayahnya,Nura Alia terasa dirinya amat kerdil.Wajah bengis ayahnya betul-betul
menakutkannya.Maklumlah,sarjanlah katakan.Opss!Bekas sarjan.Sarjan misai.Hehe.
“Abang dengan akak tak nak ke bermalam kat
rumah ni?Biarlah kita makan malam sama-sama,kan bang?”Ujar Datin Maizura seraya
menoleh ke arah suaminya.Datuk Azman menganggukkan kepala.
“Tak apalah,Mai.Esok lusa abang datang lagi.Ni
kakak kamu ni mesti akan rindu dengan anak dara dia yang seorang ni.”Encik
RAzak menjeling ke arah Puan Aminah.Nura Alia hanya diam memerhati.Tak
beranilah dia nak menyampuk orang tua bercakap.Lebih-lebih lagi kalau ada
ayahnya kat situ.Eeii..seram.
*************************
“Apa,ma?!Pergi honeymoon?!”Tersedak Nura Alia
saat itu.Dia meneguk air laju.Dia mengurut-urut dadanya.`Eeii..tak nak aku
pergi honeymoon dengan mamat tak cukup seringgit tu.Gelilah…’Nura Alia sudah
tidak senang duduk.Andai bulan madu ini betul-betul terjadi,nampaknya sah-sah
dia akan menjadi babysitter kepada suaminya sendiri.Arghhh!!!Tidak!!
“Nura tahu kan yang Boboy tu suka pergi
bercuti.So,papa rasa inilah masanya korang pergi bersama.Kalau korang tak nak
pergi berdua,boleh ajak Kak Jah sekali.Buat jaga makan pakai kamu
nanti.Okey?”Nura Alia masih diam terpaku.Dahinya berkerut-kerut menahan geram.
“Boboy nak pergi bercuti ke,pa?Hoorey!!!Kita
nak pergi pulau,ya pa.Nak pergi Pulau Madagascar.Bestnya!!”Membutang mata Nura
Alia tika itu.Boboy meloncat duduk di atas kerusi di sebelah Nura Alia.Boboy
diam menanti.Nura Alia kepelikan.
“Nura,Boboy suruh Nura sendukkanlah tu.”Datin
Maizura bermain isyarat mata dengan Nura Alia yang sudah kebingungan itu.Mata
Datin Maizura merenung-renung nasi dan lauk di hadapan.Sesaat kemudian Nura
Alia tersenyum kambing.‘Ek eleh..nak manja-manja pula dengan
aku.Sikukan!’Tangan Nura Alia ligat menyenduk nasi dan lauk ke dalam pinggan
Boboy.Nasi 3 senduk,kuah gulai daging 3 senduk.Haha.Padan muka kau!Masih belum
berpuas hati,Nura Alia meletakkan 4 sudu sambal belacan ke dalam pinggan
suaminya.
“Boboy,makan banyak-banyak ya.Habiskan nasi
ni.Ya,sayang..”Nura Alia mengusap-usap belakang Boboy.Datin Maizura dan Datuk
Azman hanya menggeleng tidak mengerti.
“Nura,banyak sangat Nura letak nasi untuk
Boboy tu.Boboy mesti tak dapat habiskan.Mari,sayang mama asingkan sedikit nasi
Boboy tu.”Datin Maizura bertindak ingin mengambil pinggan anaknya.Boboy
menggeleng laju.Tanpa membaca doa makan,Boboy cepat-cepat menyuapkan nasi ke dalam
mulutnya.Berselera sekali gayanya.Dalam hati,Nura Alia sudah ketawa
terbahak-bahak.Tak sia-sia dia menghadiahkan cubitan halus ke belakang Boboy
tadi.
Itulah
satu kelemahan Boboy.Terlalu takut dengan Nura Alia.Cubitan halus dan jelingan
maut dari Nura Alia amat menakutkan Boboy.Ada saja kedua-dua element itu,Boboy
akan patuh seperti kerbau yang dicucuk hidung.Dan itulah yang menjadi modal
Nura Alia untuk menjalankan misinya dengan saksus!
***********************
“Papa,mama..Kita nak pergi Pulau Madagascar
dengan kakak ya.Kita nak pergi jumpa Alex,Marty,Gloria,Melman dan ramai
lagi...”Ujar Boboy ceria.Datuk Azman tersenyum melihat kepetahan anak lelakinya
itu berbicara.Sudah pandai menyebut perkataan English.Sudah dapat mengingat
nama-nama karakter kartun yang ditontonya.Itu merupakan satu kemajuan yang
sangat progresif.Tidak lain tidak bukan,ini adalah jasa Nura Alia sendiri.
“Ya,sayang.Nanti kita pergi pulau tu.Kita
pergi jumpa dengan semua kawan Boboy tu.Dah,Boboy pergi masuk tidur dulu
ya.Esok mama suruh papa uruskan tiket Boboy ke pulau tu.Ya,sayang..”Boboy
melonjak riang.Dia meloncat-loncat atas sofa.Nura Alia yang sedang memasang
telinga di anak tangga merengus geram.
“Kurang asam punya mamat ni.Aku tak nak pergi
honeymoon dengan kaulah!Madagascar kepala otak kau berjambul.Siap kau malam
ni.Siaplah kau..Hehe….”Nura Alia bergegas mendaki tangga ke biliknya.Rancangan
sudah ada dalam kepala otaknya.Rancangan yang akan membuatkan Boboy kesayangan
mama dan papa tu akan menangis semalaman dan akan DEMAM.
Nura
Alia terlentang di atas katil king size itu.Matanya ralit menonton rancangan
360 di tv3.Dia tersenyum seorang diri.Boboy juga sedang asyik bermain dengan
anak patung Sin Chan kegemarannya itu.
“Kakak,kenapa kakak tak balik rumah kakak malam
ni?”Keras sedikit bunyinya soalan Boboy itu.Dia kurang senang dengan kehadiran
Nura Alia dalam biliknya ini.Dia tak suka berkongsi apa-apa dengan orang lain.
Mahu
terburai tawa Nura Alia saat itu.`Apa punya soalanlah.Aku nikan bini
kau.Bodoh!’Ucap Nura Alia sinis.Dia bangun lalu melabuhkan punggungnya di
sebelah Boboy.Dikutipnya semua mainan yang berterabur di lantai lalu memasukkannya
ke dalam bakul besar.
“Apasal kakak ni?Kita tak habis lagi main
dengan kawan kita.Bak sini balik!”Boboy cuba merampas mainan di tangan Nura
Alia.Nura Alia pantas melarikannya ke belakang.Dia menjelirkan lidahnya.Mata
Boboy sudah mencerlang marah.Tanpa banyak fikir,Boboy merampas balik
mainannya.Dengan tenaga seorang lelaki dan ketidaksediaan Nura Alia,tubuh Boboy
menghempap tubuh kecil Nura Alia.
Wajah
mereka terlalu hampir.Nura Alia dapat merasakan deruan nafas Boboy menyapa ke
mukanya.Jantungnya berdegup kencang.Dengan sekuat hati,Nura Alia menolak tubuh
Boboy.
“Nah,nah..ambillah balik.Macamlah kita nak
sangat mainan dia ni.”Nura Alia menghulur kasar anak patung Sin Chan kepada
boboy.Boboy turut menyambutnya kasar.Dia bangun lalu menapak ke bilik
air.`Merajuk konon.Pegi..lahh.’Nura Alia menyambung kembali menonton
tv.Namun,dalam hatinya masih berdebar dengan adegan spontan tadi.Dia
menggeleng-gelengkan kepala.`Jangan fikir bukan-bukan,Lia.Dia tu mamat tak
cukup seringgit tau tak?Jangan nak feeling-feeling pulak.Ingat motif kau.’Nura
Alia memejamkan matanya.Dia harus fokus dengn misinya.Itu yang lebih penting.
“Kakak!!Oh,kakak!!”Panggil Boboy dari dalam
bilik mandi.Nura Alia hanya membiarkan panggilan itu tidak bersahut.Tahu
sangatlah dia apa yang boboy nakkan tu.Mesti nak suruh dia hulurkan tuala
mandi.
“Kakak,tuala kita mana?!”Jerit Boboy
lagi.Nura Alia menutup telinga.Langsung tidak diendahkan.Dia sengaja.Biar padan
muka mamat tu.Nura Alia pasti,Boboy takkan keluar dari bilik mandi tanpa
tuala.Itulah yang dia nakkan.Biar malam ni Boboy tidur saja kat dalam bilik
mandi tu.Esok mesti demam.Bila demam tak payah dia berhoneymoon dengan mamat
tak cukup seringgit tu.Hehe.
“Kakak!!Cepatlah kita sejuk ni.”Nura Alia
sudah memejamkan mata.Dia sudah lena dibuai mimpi.
“Mana kakak ni?Kita sejuk ni.”Boboy sudah menangis
sedih.Matanya memandang ke sekeliling bilik mandi.Tiada sehelai tuala pun kat
dalam tu.Dengan tubuhnya yang masih basah itu Boboy menyarung kembali seluar
pendeknya.Dilapkan rambut dan badannya dengan baju t-shirtnya.Dengan hanya
berseluar pendek,dia melangkah keluar.
Terketar-ketar
dia menahan sejuk.Tanpa berfikir lagi,Boboy merebahkan tubuh letihnya di atas
katil.Dia menyelimut keseluruhan badannya.Tidurlah Boboy dengan air mata yang
masih bersisa di kelopak matanya.
************************
“Arghhhhhhh!!!!!”Nura Alia menutup tubuhnya
dengan selimut.Matanya tidak lepas dari makhluk yang sedang lena tidur
disebelahnya.`Apa dia buat kat sini?Bukan semalam dia dalam bilik mandi
ke?Gila!!’Nura Alia mencuit-cuit tubuh Boboy.
“Hoi!Bangunlah!Hoi!!”Nura Alia mulai
panik.Ada butir-butir peluh terbit di dahi suaminya.Nura Alia melekapkan tapak
tangannya ke dahi Boboy.’Panas.Dia demam ke?Yes!’Nura Alia tersenyum
menang.Selamatlah dia dari pergi berhoneymoon hari ni.Dia ketawa jahat.
“Mama….mama…mama Boboy panas..mama…”Nura Alia
terkedu.Boboy meracau-racau memanggil nama mamanya.`Sudah.Habislah
aku..’Perasaan simpati mulai terbit ditangkai hatinya.Mungkinkah permainannya
terlalu melampau?`Ah!Relaks,Lia.Baru demam.Jangan risau sangat.Makan ubat nanti
baiklah budak ni.’Nura Alia mencuba menenangkan dirinya.
********************
Datin
Maizura mundar-mandir di hadapan wad ICU.`Selamatkanlah Boboy,ya Allah.’Tidak
putus-putus Datin Maizura berdoa dalam hati.Nura Alia sudah kecut perut.Debar
dalam hatinya masih belum berhenti.Alangkah terkejutnya dia tadi apabila boboy
meracau-racau seperti terkena sawan.Menurut Datin Maizura,Boboy memang ada
sawan.Tapi sudah lama dia tidak mengalaminya.Mungkin sebab demam boboy
mengalami sawan semula.Matilah dia kalau ibu mertuanya tahu yang dialah
penyebab Boboy demam macam ni.Mahu jadi macam drama Ibu Mertua kot
nanti.Eeii..seram.
Gigitan
di tangan kanan Nura Alia masih berbekas.Sakitnya hanya Allah yang
tahu.Tangannya menjadi mangsa sawan boboy tadi.Mahu tersiat kulit tangannya.Mungkin
inilah balasannya apabila membuli suami sendiri.
“Abang,macam mana kalau Boboy jadi macam
dulu,bang?Mai dah tak sanggup nak hadapi perkara tu sekali lagi,bang.”Datin
Maizura sudah merembeskan air mata.Datuk Azman cuba menenangkan isterinya.Moga-moga
perkara lama tidak berulang lagi.Dia juga tidak sanggup untuk menghadapi
perkara itu buat kali yang keduanya.
“Perkara apa,ma,pa?”Tanya Nura Alia ingin
tahu.Datuk Azman menggelengkan kepala.Akhirnya dia menceritakan rahsia besar
itu kepada Nura Alia.Sebagai isteri,Nura Alia memang patut tahu mengenai hal
ini.
Terlopong
Nura Alia mendengar cerita bapa mertuanya itu.`Tak mungkin.Tak mungkin…’Nura
Alia tidak dapat menerimanya.Mustahil.Ya,terlalu mustahil.


lagu suzy ek??hehe~~dream high!!
ReplyDeletealahai, kesian boboy... harap2 dia ok la.. hmmm... apa la agaknya rahsia besar tu ek??? tak sabar nak tahu.. hehe... nice entry... teruskan usaha anda...
ReplyDelete~Aisy~
gila kejam si alia 2... hahaha... knpa dia sanggup nak kawin ngan boboy eqk?? sedangkan dia mmg tao yg si boboy 2 macam tak brapa nak matang sangat...
ReplyDeletebest dik..keep it up!!
ReplyDeletei know u can do it!!:)
haha...dh bce kat penulisan2u..memg best tp cian la kat boboy...nura tu garang sgt huhu
ReplyDeletenie msti pasal boboy pnah bunuh adik dia dulu nie..adeh..bhaya2 ..
ReplyDeletehuhu